Saturday, 12 March 2011

ReSePi : pEnGaT bIjI nAnGkA

Assalamualaikum,..






Bahan-bahannya :


4 sudu tepung pulut
1 sudu tepung gandum
sedikit air untuk bancuh adunan
sedikit garam
sedikit pewarna merah
sedikit pewarna hijau
Santan pekat dari 2/3 biji kelapa
2 sudu gula
Sedikit air ( untuk jadikan sedikit kemancau)
1 1/2 cawan air ( untuk masak biji nangka )
1 helai daun pandan ( simpul )
1 sudu sagu mata ikan




Cara-caranya memasaknya :


1) Tepung pulut, tepung gandum, sedikit garam dicampur sekali. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul sebati hingga tepung tadi jadi doh seperti gambar dibawah. Jika doh dah terlembik, tambahkan sedikit tepung pulut.


2) Kemudian doh tadi di bahagi dua dan masukkan perwarna pada setiap satu doh. Uli hingga warna rata. Kemudian buat bulat2 dan tekan sedikit ditengah bulatan seperti gambar diatas. Letak sedikit tepung gandum diatas piring sebelum letak hasil bentukkan @ biji nangka tadi agar tidak melekat. 


3) Kemudian didihkan lebih kurang 1 1/2 cawan air. Apabila air dah mendidih, masukkan biji nangka yang dibentuk tadi. Apabila biji nangka ni timbul, maknanya dia dah masak, so bolehlah di angkat.




4) Masukkan biji nangka tadi kedalam periuk beserta sedikit santan pekat dan sedikit air. Santan ni macam kemancau jadinya, cair je. Jangan terlalu banyak, cukup paras-paras biji nangka je. Letakkan atas api perlahan. 


5) Bila dah mendidih, masukkan 2 sudu gula, santan pekat, sedikit garam dan gula merah serta daun pandan. Bila santan agak panas, masukkan sagu mata ikan. Kena kacau selalu agar tidak pecah minyak. Bila dah cukup panas, bolehlah tutup api,.


Siap sudah,.


*Nota kaki


- Adunan untuk dua warna tu, saya adun secara berasingan mengikut warna agar bila nak wat doh nanti warnanya sekata. So terpulang pada masing-masing sama ada nak bancuh sekali dan asingkan untuk masuk pewarna atau terus asingkan dari mula untuk wat doh. 


- Bentuk biji nangka tu ikut sukalah nak wat macam mana pun. Adunan diatas untuk dua orang makan.


- Kalo nak cair, bolehlah cairkan santan. Tapi pengat ni kalo cair, tak sedap.


- Cukup panas tu, bila kuar asap dari masakan bubur tu tadi.



No comments:

Post a Comment

Post a Comment