Saturday, 14 May 2011

ReSePi : KeK KuKuS cHoCoLaTe MaRbLe ChEEsE

Assalamualaikum,..




Bahan-bahannya :


Bahan A
180g mentega
20g serbuk koko
170g gula kaster
3 biji telur
120g tepung naik sendiri
1 sudu serbuk penaik


Bahan B
250g cream cheese
60g gula kaster
1 sudu esen vanila
1 biji telur


Cara-cara membuatnya :


1) Pukul mentega dan gula hingga kembang guna mixer.


2) Masukkan telur satu persatu pukul lagi hingga kembang juga guna mixer.


3) Masukkan tepung, serbuk koko dan baking powder yang telah diayak. ( sekatakan guna senduk)


4) Gaul rata


5) Acuan 8" bulat, sapukan minyak @ marjerin disekeliling loyang kemudian tuangkan adunan.


6) Dibekas yang lain pukul cream cheese dan gula sehingga kembang.


7) Masukkan telur dan esen vanila, pukul lagi hingga gebu.


8) Tuang adunan diatas adunan coklat tadi. Dan ceduk guna sudu besar adunan coklat naik ke atas. Cedok di lima bahagian untuk jadikan kek bercorak marble.


9) Tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 1 jam,..




*Nota kaki :
- Saya buat kek ni tadi guna tepung superfine.


-Kalau nak guna tepung gandum pun boleh tapi kurangkan tepung dan masukkan 1 sudu soda bikarbonate.


- Kek ni tadi saya kukus 1jam 15 minit.


- Kalo xberapa suka cheese, boleh kurangkan adunan cheese menjadi setengah je.




Sedap kek ni,.. Selamat mencuba,.. Tata titi tutu,..

2 comments:

  1. Semalam baru beli kek ni.. sedap sgt.. so nak cuba resepi ni.. tq

    ReplyDelete