Sunday, 10 April 2011

ReSePi : BiHuN SuP RiNgKaS

Assalamualaikum,...






Bahan-bahannya :


Segenggam bihun ( direndam dengan air bagi lembut )
100g isi ayam
Sedikit lobak merah
Sedikit sawi
Sedikit kobis
1 biji telur
1 sudu teh rempah sup
Sedikit air asam jawa
2 biji bawang putih ( ditumbuk halus )
Sedikit halia ( ditumbuk halus )
Sedikit kulit kayu manis
1 1/2 cawan air
5 batang cili padi
Sedikit minyak untuk menumis




Cara-cara memasaknya :


1) Panaskan minyak, masukkan kulit kayu manis. Kemudian masukkan bahan-bahan yang ditumbuk halus
Bila agak garing, masukkan rempah sup.


2) Seketika kemudian masukkan isi ayam beserta air dan air asam jawa. Biarkan hingga betul-betul mendidih.


3) Bila sup dah betul-betul mendidih, masukkan bihun. Setelah bihun lembut, masukkan semua sayur, cili padi dan telur.


4) Bila telur separuh masak, balikkan semua bahan. Biar seketika, bolehlah diangkat,.. Tarrraaa sudah siap. Bolehlah dihidangkan,...




* Nota kaki :


- Kalo tak nak guna cili padi, boleh guna lada hitam @ lada putih
- Air asam jawa tu ikut suka nak berapa masam. Letak air asam jawa untuk bagi rasa macam bihun sup siam,.




Senang je kan,.. Selamat mencuba,.. tata titi tutuuuu,..

No comments:

Post a Comment

Post a Comment