Wednesday 27 April 2011

ReSePi : KeK BuTTeR mAsAm mAnIs

Assalamualaikum,..








Bahan-bahannya :


1 buku buttercup
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking powder
1 cawan gula castor
4 biji telur
1/2 cawan susu cair
1 sudu teh esen vanila
10 peket asam masam manis


Cara-cara membuatnya :


1) Tepung dicampurkan dengan baking powder dan susu cair dicampurkan dengan esen vanila.


2) Pukul buttercup dan gula custor hingga gebu.


3) Bila dah gebu, masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi hingga sebati.


4) Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit, gaul sebati. 


5) Last sekali masukkan susu cair, gaul sebati.


6) Ambil loyang, sapukan sedikit planta disekelilingnya kemudian tuangkan sedikit adunan tadi dan ratakan. kemudian aturkan asam masam manis atas adunan tadi. Ulang cara ini sampai adunan habis. Tengok contoh gambar dibawah.






7) Bakar 1 jam,.. Tarrraaaa siap sudah,..




*Nota kaki :


- Adunan sebenar 2 cawan tepung, tapi oleh kerana saya guna tepung gandum, saya kurangkan ke 1 1/2 cawan.


Selamat mencuba,.. tata titi tutuuuu




No comments:

Post a Comment