Assalamualaikum,..
Bahan-bahan buat nasi :
3 pot beras ( Sukatan ni guna tin susu pekat )
200g halia
1 Cawan air
7 biji bawang putih
1 biji bawang merah
300g isi ayam
Garam secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis
* Blender halia bersama 1 cawan air. Kemudian asingkan airnya dan hampas
* Isi ayam direbus bersama 4 biji bawang putih, 1biji bawang merah, 2 inci halia dan air secukupnya untuk masak nasi. Rebus hingga mendidih, kemudian ambil airnya sahaja dan isinya digunakan untuk buat sup.
Cara-cara memasaknya :
1) Panaskan minyak, kemudian tumis 7 biji bawang putih, 1 bawang merah dan hampas halia. Tumis hingga agak kering, masukkan garam secukupnya. Gaul sebati.
2) Kemudian, masukkan beras dan gaulkan semua bahan hingga sebati. Pastikan api perlahan.
3) Secawan air halia di masukkan ke dalam periuk yang nak digunakan untuk masak nasi. Kemudian masukkan beras tadi dan air secukupnya. Tenggek atas api jika guna dapur. Kalo guna periuk elektik, serupa je stepnya.
4) Setelah air mendidih, gaul sebati, kemudian biarkan hingga nasi betul-betul masak.
5) Siap sudah untuk nasi.
Bahan-bahan untuk sup:
Isi ayam ( yang telah direbus untuk masak nasi tadi )
2 biji bawang putih
1 biji bawang merah
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Cengkih
Buah pelaga
Lada hitam
1/2 peket rempah sup mak siti
2 1/2 liter air
Sedikit minyak untuk menumis
Daun sup ( untuk hiasan )
Cara-cara memasaknya :
1) Masukkan 2 1/2 liter air ke dalam isi ayam, hidupkan api. Gunakan api perlahan.
2) Sambil tunggu air mendidih, panaskan minyak pada kuali kecil. Kemudian masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga. Kamudian masukkan bawang putih,dan bawang merah. Bila agak garing, masukkan bahan-bahan ini tadi ke dalam air yang sedang direbus bersama ayam. Kemudian masukkan rempah sup, garam dan lada hitam yang telah ditumbuk halus.
3) Pastikan sup ini betul-betul mendidih. Sebaiknya gunakan api perlahan agar semua rempah mesra. Ok bila dah mendidih, tutup api, taburkan daun sup,... Tarrraaa siap sudah sup.
Bahan-bahan untuk ayam :
B1
3/4 ekor ayam ( dipotong sedang )
1 biji bawang besar
2 sudu sos tiram
1/2 cawan kicap manis
1 sudu kicap pekat.
1 sudu kecil ketumbar
B2
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap manis
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
Cara-cara memasaknya :
1) Blender semua bahan B1 kecuali ayam, hingga hancur.
2) Kemudian gaul sebati bahan diblender dengan ayam. Kemudian tenggek atas api yang perlahan hingga ayam masak 3/4 sahaja. Pastika periuk ditutp ketika ditenggek atas api dan sesekali kacau agar semua yam masak sekata.
3) Bila dah masak 3/4, toskan dan buang airnya. Gaul ayam bersama bahan B2. Panaskan minyak dan bolehlah menggorang ayam tadi hingga masak,... Taraaa siap sudah ayam,..
Bahan-bahan untuk sambal cili :
7 biji cili merah
1 biji tomato
1 sudu sos cili
1 biji bawang putih
Garam secukupnya
1 sudu kecil air.
Cara- cara membuatnya :
1 ) Bawang putih, cili merah dan tomato di masukkan dalam periuk nasi yang telah masak tadi. Sebaiknya, nasi masak je terus masukkan bahan-bahan ni. Pastikan bahan-bahan ni betul-betul layu barulah dikeluarkan.
2) Bila dah dikeluarkan, blender semua bahan. Tarraaa siap sudah sambal cili. Kalo nak tahan lebih lama sambalnya, tenggek kejap atas api.
3) Ok siap sudah set lengkap nasi ayam,... Bahan-bahan ulam pula, salad, timun dan tomato,...
*Nota kaki :
- Agak rumit membuatnya, tapi sedappp. Resepi ini terhasil dari campur aduk resepi yang orang bagi yang telah di olah mengikut gerak hati saya. Alhamdulillah bertambah-tambah orang yang makannya,...
Selamat mencuba,.. Tata titi tutuuuuu,..
No comments:
Post a Comment