Bahan-bahannya :
6 ketul kepala ikan kerisi
3 biji bawang putih
1 1/2 biji bawang besar
Sedikit halia
Sedikit serbuk kunyit
1 batang serai diketuk
Air asam jawa secukupnya
Garam secukupnya
5 cawan air
11 sudu besar cili giling
Minyak untuk menumis
1 biji tomato
Daun kesum
* Bawang besar, bawang putih dan halia ditumbuk halus
Cara- cara memasaknya :
1) Panaskan minyak, masukkan serai bersama bahan yang telah ditumbuk halus. Bila agak garing, masukkan cili giling.
2) Bila cili giling dah betul-betul garing @ naik minyak seperti gambar di bawah, masukkan 4 cawan air, serbuk kunyit dan garam. Bila dah mendidih, masukkan Air asam jawa.
3) Bila kuah dah mendidih, masukkan kepala ikan beserta 1 cawan air, balik-balikkan hingga masak. Kemudian masukkan tomato bersama daun kesum. Bila dah mendidih, tutup api,. Taraaa siap sudah, bolehlah dihidangkan.
* Nota kaki :
- Sebaiknya guna cili yang kita blender sendiri, kalo guna cili giling segera, warnanya tidak begitu merah dan kurang cantik.
- Guna kunyit hidup pun boleh juga. Saya masukkan ikan lambat untuk elak ikan hancur.
Selamat mencuba,... Tata titi tutuuuuu,...
No comments:
Post a Comment