Tuesday, 19 April 2011

ReSePi : KeTaM masAk LeMaK

Assalamualaikum,...








Bahan-bahannya :


3kg ketam
1 1/2 biji kelapa
2 biji tomato
10 biji cili api
1 1/2 biji bawang besar
Sedikit kunyit hidup
Garam secukupnya
2 helai daun limau purut


* Bawang besar, cili api dan kunyit gidup diblender bersama secawan kemancau.


Cara-cara memasaknya :


1) Masukkan bahan-bahan diblender tadi dalam periuk bersama ketam,.. Tambah kemancau hingga setengah daripada paras ketam. Tenggek atas api perlahan.


2) Bila ketam dah agak masak, masukkan santan pekat bersama garam secukupnya hingga menutupi ketam,..


3) Kacau sentiasa hingga ketam dan santan benar-benar masak,.. Kena sentiasa kacau agar tidak pecah minyak,.. last sekali masukkan tomato dan daun limau purut, kacau seketika,.. Tarrraaa sudahh siappp,.. Bolehlah dihidangkan,..




Senang je kan,.. Selamat mencuba,.. Tata titi tutuuuu

2 comments:

  1. Salam kunjungan.. singgah la ke blog saya ;)

    http://www.zuwairiaiman.com

    ReplyDelete