Friday 15 April 2011

ReSepI : aYaM mAsAk hALiA

Assalamualaikum,..





Bahan-bahannya :


1/2 ekor ayam ( digoreng setengah masak )
200g halia ( diblender dan ambil airnya sahaja )
1 biji bawang besar
2 biji bawabg putih
15 biji lada hitam
1 inci halia
Air secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis


* Bawang besar, bawang putih dan seinci halia dihiris halus.




Cara-cara memasaknya :


1) Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan dihiris halus. Tumis seketika, kemudian masukkan ayam yang telah digoreng setengah masak terlebih dahulu.


2) Kacau sebati, kemudian masukkan air halia, sedikit air, garam secukupnya dan lada hitam.


3) Sesekali kacau, dan biarkan hingga ayam benar-benar masak,.. Tarrrraaaa, sudah siap, bolehlah di angkat dan dihidangkan,...






Senang je kan,... Selamat mencuba,.. Tata titi tutuuuu,...

No comments:

Post a Comment