Wednesday 9 March 2011

ReSePi : LaBu MaSaK LeMaK

Assalamualaikum,..









Bahan-bahannya :


1/2 labu ( yang kecil je)
1/2 biji kelapa sanatn pekat
sedikit santan cair
3 biji bawang merah
1/2 inci kunyit
15 ekor ikan bilis ( siap kopek )
2 biji cili merah
1 batang serai ( diketuk)
garam seculup rasa
sedikit air




Cara-cara memasaknya :


1) Bawang merah, ikan bilis, kunyit dan cili merah dicampur sedikit air, blender sekali


2) Bahan di blender tadi dimasuk dalam periuk bersama sedikit santan cair, masak dengan api perlahan, agak2 bahan tadi hampir kering, masukkan labu dan serai. Kacau sebati.


3) Bila labu dah separuh masak, masukkan santan pekat dan garam. kacau sentiasa agar tidak pecah minyak.


Siap sudah,. senang sahaja,. ini antara menu yang selalu aku sekeluarga masak untuk kenduri arwah hehehe,..
selamat mencuba,.. tata titi tutu

No comments:

Post a Comment