Saturday, 16 April 2011

ReSePi : TrIffLe FrUiT

Assalamualaikum,..



Bahan-bahan agar-agar :

13g agar-agar
1500ml air
Gula secukupnya
Ribena syrup


Cara-cara memasaknya :

1) Masukkan agar-agar, air dan gula secukupnya dalam periuk. Tenggek atas api perlahan. Tenggek hingga agar-agar hancur.

2) Bila agar-agar dah hancur, masukkan ribena syrup. kacau sebati, bila mendidih, tutup api.



Bahan-bahan sos custard :

2 sudu tepung custard
2 cawan susu cair
2 cawan air
Gula secukupnya.

Cara-cara membuatnya :

1) Masukkan semua bahan dalam periuk, tenggek atas api perlahan. Kena sentiasa kacau agar sos sekata tidak berketul. Agak-agak pekatnya seperti gambar dibawah.


2) Sos ni di buat sehari sebelum nak wat triffle fruit ni atau awal 3,4 jam sebelum nak wat desert.



Bahan-bahan tambahan :

1 tin buah-buahan campuran.


Cara-cara buat triffle fruit :

1) Masukkan aga-agar yang telah dimasak sedikit ke dalam bekas.

2) Biar agar-agar tadi keras. Bila agar-agar dah keras susunkan buah-buahan campuran, kemudian tuangkan sos custard.

3) Last sekali masukkan agar-agar, masukkan dalam peti ais,.. Ok bila aga-agar dah keras, bolehlah dihidangkan,.. Taraa sudahhh siapp



* Nota kaki :

- Pastikan sos custard lebih banyak dari agar-agar lapisan bawah dan atas. Kalo agar-agar lebih banyak, kurang sedap.

- Boleh rujuk gambar atas sekali untuk sukat setiap lapisan.

- Lapisan atas sekali akan tercampur sedikit sos custard bila dituang nanti, sebab itu warnanya berubah.


Selamat mencuba,.. Tata titi tutuuuu



No comments:

Post a Comment