Assalamualaikum,...
Bahan-bahannya :
300g kobis ( dihiris halus )
1/2 kg burgemee
100g ikan bilis
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1/2 biji kelapa ( ambil putih sahaja )
Serbuk kunyit secukupnya
Garam secukupnya
* Bawang besar, bawang putih dan ikan bilis diblender halus bersama.
Cara-cara memasaknya :
1) Bahan-bahan diblender tadi, gaul sebati dengan kelapa, masukkan juga garam dam serbuk kunyit.
2) Panaskan kuali, masukkan kelapa yang telah digaul sebati tadi. Gaul kelapa hingga agak kering.
3) Bila kelapa dah kering, tutup api, masukkan kobis dan burgemee. Gaul sebati,.. Tarrraaaa sudah siap,... Bolehlah dihidang dan dimakan,..
*Nota kaki :
- Biasa orang guna udang kering, tapi saya alergik so saya guna ikan bilis sahaja.
- Urap ni kalo nak tahan lama kena simpan dalam peti ais. Kalo urap ni dimasak, burgermee akan nampak lebam...
Selamat mencuba,.. Tata titi tutuuuuu
No comments:
Post a Comment