Assalamualaikum,...
Bahan-bahannya :
4 ekor ikan ( digoreng terlebih dahulu )
6 sudu cili giling
2 sudu sos cili
1/2 sudu sos tomato
2 cawan air
3 sudu gula
Air asam jawa secukupnya ( pekat )
1 biji bawang besar ( ditumbuk halus )
2 biji bawang putih
2 biji bawang besar ( dihiris bulat2 )
Garam secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara memasaknya :
1) Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga agak garing. Kemudian masukkan cili hingga naik minyak @ cili betul2 masak,..
2) Bila cili dah betul2 masak, masukkan 2 cawan air, sos tomato, sos cili, garam, gula dan air asam jawa. Gaul sebati semua bahan.
30 Bila kuah dah mendidih, masukkan ikan dan bawang besar. Gaul sebati, bolehlah diangkat dan dihidangkan,.. Tarrraaaa sudah siap,..
Senang je kan,.. Selamat mencuba,.. Tata titi tutuuuuu,..
No comments:
Post a Comment