Tuesday, 19 April 2011

ReSePi : MeE GoReNg

Assalamualaikum,..




Bahan-bahannya :


900g mee kuning
200g isi ayam
200g sotong
200g udang
250g kerang
1 senduk besar cili kering
2 sudu sos tiram
1 sudu sos cili
1 cawan air
1 biji bawang besar ( ditumbuk halus )
3 biji bawang putih ( ditumbuk halus )
Kicap secukupnya
Garam secukupnya
Sawi
Taugeh
Kobis ( hiris halus )
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis




Cara-cara memasaknya :


1) Panaskan minyak, masukkan bawang merah dan bawang putih. Tumis seketika, masukkan cili giling, tumus hingga cili benar-benar garing.


2) Bila cili dah benar-benar garing, masukkan air, sos cili, sos tiram, garam dan kicap secukupnya. Bila mendidih, masukkan isi ayam, udang dan sotong. Bila semua bahan ni dah betul-betul masak, masukkan kerang. 


3) Kemudian masukkan sawi beserta mee kuning, gaul sebati. Bila dah sebati, masukkan kobis gaul seketika. Last sekali masukkan taugeh, gaul sebati,.. Taarrraaa sudah siap. Bolehlah dihidangkan,..




Senang je kan,.. Selamat mencuba,.. tata titi tutuuuuu

No comments:

Post a Comment