Friday, 15 April 2011

ReSePi : CuCuR TaUhU

Assalamualaikum,...










Bahan-bahannya :


1 1/2 cawan tepung
Air secukupnya
3 keping tauhu ( Di potong dadu @ ramas bagi hancur )
15 ekor ikan bilis ( ditumbuk halus )
1 biji bawang besar ( Ditumbuk halus )
3 biji cili merah ( dihiris halus )
Daun sup & daun bawang secukupnya ( dihiris halus )
Garam secukupnya
Sedikit kunyit serbuk
Minyak untuk menggoreng




Cara-cara membuatnya :


1) Masukkan semua bahan kecuali air dan minyak. Kacau sebati.


2) Kemudian, masukkan sedikit demi sedikit air hingga tahap kecairan tepung seperti gambar dibawah. Gaul semua bahan hingga sebati






3) Kemudian, panaskan minyak. Bila minyak dah betul-betul panas, gunakan sudu, ceduk tepung, masukkan dalam minyak panas tadi. Balik-balikkan cucur tersebut. Bila cucur dah agak kekuningan, bolehlah diangkat,.. Taraaa sudah siap,.. Bolehlah dihidangkan bersama sos cili,...




* Nota kaki :


- Pastikan tepung lebih banyak dari tauhu, kalo tidak, nanti cucurnya meresap minyak,..




Senang je kann,.. Selamat mencuba,.. Tata titi tutuuuuu





No comments:

Post a Comment