Friday, 25 March 2011

ReSePI : AyAm mAsAk LaDa hItAm

Assalamualaikum,....



Bahan-bahannya :
1/2 ekor ayam ( digoreng setengah masak )
1 biji bawang besar ( dihiris bulat2)
5 ulas bawang merah ( di tumbuk halus )
2 ulas bawang putih ( ditumbuk halus )
2 sudu sos tiram
1/2 genggam lada hitam ( dimesin halus )
Sedikit minyak untuk menumis
Garan secukup rasa
secawan air


Cara-cara memasaknya :

1) Panaskan minyak, masukkan bawang merah dan bawang putih, tumis seketika. Kemudian masukkan sos tiram, dua minit kemudian, masukkan lada hitam, kacau sebati.

2) Kemudian masukkan air sikit-sikit,.. Masukkan 1/2 cawan air, tunggu sampai kuah pekat, masukkan lagi air,garam beserta ayam. Gunakan api perlahan.

3) Bila kuah dah agak kering, masukkan bawang besar, gaul sebati,.. Taraaaa, sudah siap,.. Bolehlah di angkat dan hidangkan,..


Selamat mencuba,.. Tata titi tutu

No comments:

Post a Comment